awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul terima penyerahan kawal selia gas Sabah dibentang Sidang DUN 10 Jan - Hajiji

Bernama
Bernama
26/12/2022
01:30 MYT
Usul terima penyerahan kawal selia gas Sabah dibentang Sidang DUN 10 Jan - Hajiji
Hajiji berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat di Sabah berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membentangkan usul bagi menerima penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah daripada Kerajaan Persekutuan pada Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) yang akan diadakan pada 10 Jan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah lama diperjuangkan pemimpin di negeri ini dan langkah itu dilihat signifikan dalam merealisasi tuntuan Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana inilah kita perjuangkan untuk memastikan bahawa hak kita dalam MA63 dapat ditunaikan. Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri telah menunjukkan kesediaan untuk menyerahkan hak kita iaitu kepada Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS) yang turut dihadiri Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Likas di sini semalam.
Pada 21 Dis lepas, Hajiji berkata Persidangan DUN Sabah akan diadakan bagi meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.
Hajiji berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Terdahulu pada hari sama, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gas Sabah
#Kawal selia bekalan gas
#Hajiji Noor
#DUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan