awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan

Bernama
Bernama
10/07/2024
09:23 MYT
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Usul yang dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu disokong 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala dua berkecuali dan lima tidak hadir. - Gambar fail
MELAKA: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
Usul yang dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu disokong 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala dua berkecuali dan lima tidak hadir.
Ab Rauf (BN-Tanjung Bidara) ketika membentangkan usul berkenaan berkata ia bertujuan menerima, menyalur, membelanjakan atau membayar elaun-elaun yang diterima dan membelanjakan aktiviti yang dianjurkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melaka serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baharu (JPKKB) Melaka ataupun mana-mana Jawatankuasa Pembangunan lain yang mempunyai sama maksud atau tujuan dengannya.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan negeri mengguna pakai Akaun Amanah Jawatankuasa Ketua Kampung di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) bagi penyaluran peruntukan berkaitan JPKK sehingga ke hari ini.
"Berdasarkan tatacara pengurusan akaun atau kumpulan wang amanah kerajaan, terdapat keperluan agar tabung sedia ada dibuat pindaan ke Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) memandangkan tabung ini menerima peruntukan dari kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
"Bagi tujuan mengakaunkan penerimaan tabung ini sebagai Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri, Kumpulan Wang Amanah hendaklah ditubuhkan selaras dengan Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 sebagai penambahbaikan kepada akaun amanah sedia ada bagi membolehkan penerimaan dan perbelanjaan daripada kerajaan negeri dan erajaan Persekutuan khususnya," katanya.
Beliau berkata selain itu, penubuhan ini juga bertujuan melancarkan tadbir urus kewangan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka dengan penyaluran atau pembayaran elaun mahupun perbelanjaan untuk sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada sumbangan atau penyaluran yang diperuntukkan oleh kementerian berkaitan sahaja.
"Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat, untuk sama-sama menyokong usul ini demi menambah baik tadbir urus kerajaan negeri sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik terus diberikan kepada rakyat kerana ini merupakan mandat dan kepercayaan rakyat yang harus dijaga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#Kumpulan Wang Amanah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan