awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul undi tidak percaya pembangkang tersenarai dalam Aturan Mesyuarat Dewan hari ini

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
05/11/2015
01:12 MYT
Usul undi tidak percaya pembangkang tersenarai dalam Aturan Mesyuarat Dewan hari ini
Kemungkinan bagi usul tersebut untuk dibahaskan hari ini agak rendah berikutan sesi penggulungan oleh jemaah Menteri. - Gambar Fail
Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut tersenarai pada aturan ke-31.
Dinyatakan di aturan tersebut bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mencadangkan bahawa satu undi tidak percaya dijalankan ekoran Dewan tiada lagi kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Walau bagaimanapun, kemungkinan bagi usul tersebut untuk dibahaskan hari ini agak rendah berikutan sesi penggulungan oleh jemaah Menteri.
Dr Wan Azizah sebelum ini memfailkan usul tersebut mengikut Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pada Rabu, enam Menteri sudah menyelesaikan sesi penggulungan bagi Kementerian masing-masing.
Kementerian-kementerian tersebut adalah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada hari ini pula akan dimulakan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Najib Razak
#Parlimen
#undi tidak percaya
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan