NATIONAL
"Utamakan tanggungjawab, sejahterakan rakyat" - Sultan Nazrin

Sultan Nazrin turut berdoa semoga rakyat dijauhkan daripada wabak COVID-19 yang kini telah merebak ke seluruh dunia. - Gambar BERNAMA.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kepada kepada para pemimpin untuk mengutamakan tanggungjawab mereka ketika penularan wabak COVID-19.
Bertitah pada pembukaan Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-169, Sultan Nazrin turut berdoa semoga rakyat dijauhkan daripada wabak tersebut.
“Ancaman daripada wabak virus COVID-19, yang sedang merebak di seluruh dunia. Wabak virus ini mencetuskan suasana kecemasan. Akibatnya pelbagai aktiviti ekonomi terjejas di serata dunia.
“Kepada Allah Subhanahu Wata’ala kita pohonkan ihsan dan pertolongan semoga rakyat dapat dijauhkan daripada penyakit virus COVID-19.
“Kepada Allah kita pohonkan semoga para pemimpin yang telah diamanahkan dengan kuasa diberikan petunjuk dan panduan mengutamakan tanggungjawab untuk memakmurkan negeri dan menyejahterakan hidup rakyat,” titah baginda.
“Gelaran yang disandang dan penempatan menjalankan tugas di pejabat dan istana yang berkaitan, jangan sama sekali disalahgunakan untuk mendapat laba bagi memenuhi kepentingan peribadi.
“Gelaran yang disandang dan penempatan di jawatan tertentu, tidak boleh sama sekali disalahgunakan untuk dijadikan platform memohon pelbagai manfaat daripada kerajaan, badan perniagaan juga individu, atau untuk diizinkan berperanan sebagai perantaraan secara memberikan surat sokongan dan arahan kepada kerajaan, atau membuka laluan untuk tujuan perniagaan mana-mana pihak.
“Kepala surat rasmi, cap rasmi dan surat rasmi, hendaklah sama sekali tidak digunakan untuk tujuan-tujuan sedemikian yang boleh memalitkan nama buruk dan mencemarkan institusi kesultanan,” titah baginda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami