awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
02:33 MYT
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Program itu bertujuan mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah khususnya pada bulan Ramadan. -Astro AWANI
BATU PAHAT: Pembaziran juadah makanan yang tidak habis dijual di bazar Ramadan menjadi pencetus inovasi baja kompos dengan kaedah kembali kepada alam.
Program pengurusan sisa makanan ini dikendalikan bersama peniaga bazar, SWM Environment Sdn Bhd dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
Ketua projeknya, Profesor Madya Ir Dr Noor Yasmin Zainun berkata, program menggunakan serangga 'black soldier fly larva' itu bertujuan mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah khususnya pada bulan Ramadan.
Sejak dimulakan pada Februari lalu, 50 peserta terdiri daripada peniaga bazar dan komuniti setempat.
Menerusi program itu, tong sampah khas disediakan SWM dengan kapasiti 50 kilogram sisa makanan diletakkan di bazar dan dibawa ke Pusat Penyelidikan Sisa Pepejal (PPSP) di UTHM.
"Sejenis lalat yang bukan vektor, iaitu tidak membawa penyakit.
"Larva lalat 'black soldier' ini akan diletakkan dalam sisa makanan dan ia akan makan sisa itu.
"Selepas 7 hingga 14 hari, akan terhasil baja organik tanpa bahan kimia.
"Larva itu sendiri menjadi alternatif untuk makanan ternakan seperti unggas dan ikan.
"Sekarang ini di Malaysia, sebanyak 500 tan sisa setiap hari dan daripada jumlah itu, hanya lima peratus sahaja yang boleh dikitar semula.
"Paling banyak adalah sisa makanan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di UTHM, Batu Pahat.
Mengulas lanjut, larva lalat 'black soldier' yang diimport dari Eropah ini akan bertelur 20 gram sehari.
Telur tersebut akan dimasukkan ke dalam sisa makanan yang telah diasingkan dalam satu plot khas.
Ia akan menetas menghasilkan ulat yang memakan sisa makanan dan menjadikan baja organik.
Ulat muda berwarna putih akan menjadi makanan sumber protin kepada haiwan ternakan seperti burung, ayam dan ikan.
Manakala ulat dewasa berwarna hitam akan membesar semua menjadi lalat 'black soldier' dewasa.
Jelas Noor Yasmin, 100 kilogram sisa makanan boleh menghasilkan 10 kilogram baja kompos organik yang dijual pada harga 7 ringgit sekilogram.
Berdasarkan kajiannya, hasil tanaman yang menggunakan baja kompos ini akan membesar tiga kali ganda.
Topic Berkaitan
#baja kompos
#Bazar Ramadan
#makanan
#black soldier fly
#larva
#UTHM
#Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
#Ramadan
#juadah makanan
#SWM Environment
#Organik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan