awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan

Bernama
Bernama
15/10/2023
12:42 MYT
UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan
Program itu akan bermula Disember ini dan merintis peluang bagi IPT, khususnya UTM, dalam menjalin usaha sama bersama industri sukan negara. - Facebook Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (UTMSPACE) dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk penubuhan program baharu Diploma Sukan dan Kecergasan.
UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu akan bermula Disember ini dan merintis peluang bagi institusi pendidikan tinggi, khususnya UTM, dalam menjalin usaha sama bersama industri sukan negara ke arah meningkatkan taraf pendidikan ahli sukan tanah air.
"Pembangunan program akademik baharu yang dipertanggungjawabkan kepada UTMSPACE ini bertujuan untuk menyediakan laluan akademik melanjutkan pengajian dalam bidang sukan dan kecergasan kepada masyarakat, khususnya pemain sukan," menurut kenyataan itu.
Majlis pemeteraian MoU itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE Profesor Ts Dr Nazri Ali dan Pemangku Pengurus Besar JDT Datuk Salehuddin Hassan.
Menurut UTM, tempoh pengajian bagi program itu adalah selama dua setengah tahun dengan syarat kemasukan tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Pengakreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) turut digunakan dalam memberi peluang dan manfaat kepada pelajar yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan, seperti pelatih di Akademik JDT.
"Menerusi APEL.C, proses penilaian pembelajaran berdasarkan pengalaman terkumpul melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang berada di Akademik JDT digunakan untuk pemindahan kredit bagi kursus-kursus tertentu dalam Program Diploma Sukan dan Kecergasan," menurut UTM.
Nazri dalam kenyataan sama berkata program Diploma Sukan dan Kecergasan merupakan manifestasi kepada hasrat yang disuarakan oleh pihak pengurusan JDT yang amat prihatin kepada masa depan dan hala tuju para pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademik JDT.
"Seramai 27 orang pelatih yang berusia 18 tahun ke atas dijangka bakal mendaftar sebagai pelajar UTM bagi mengikuti program ini secara sepenuh masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UTM
#JDT
#diploma
#sukan dan kecergasan
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan