awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Astrazeneca di Sarawak hanya untuk yang mendaftar secara sukarela - Uggah

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2021
14:42 MYT
Vaksin Astrazeneca di Sarawak hanya untuk yang mendaftar secara sukarela - Uggah
Namun lokasi bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Astrazeneca masih lagi dibincang sebelum koordinasinya dilaksanakan. FOTO: Reuters
KUCHING: Pemberian vaksin Astrazeneca di Sarawak akan dilakukan secara berasingan dari pemberian vaksin lain dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia kerana vaksin tersebut hanya untuk mereka yang berdaftar secara sukarela.
Namun lokasi bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Astrazeneca masih lagi dibincang sebelum koordinasinya dilaksanakan.
“Pemberian vaksin AstraZeneca adalah secara berasingan, ia dilakukan secara sukarela dan konsep siapa cepat dia dapat.
‘’Ia juga mempunyai Pusat Pemberian Vaksin yang berasingan yang akan diuruskan oleh kumpulan lain kerana ia tidak termasuk dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
BACA: Sarawak dapat kebenaran beli 1 juta dos vaksin Sinovac - Abang Johari
Pada Rabu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak telah mendapat kebenaran kerajaan pusat untuk melibatkan hospital swasta sebagai PPV Astrazeneca.
Mengulas mengenai pemberian vaksin Sinovac yang dibeli kerajaan negeri pula, ia akan dimaklumkan kelak, komen Uggah ringkas.
Vaksin AstraZeneca | Hanya untuk yang mendaftar secara sukarela - Uggah
Topic Berkaitan
#vaksin AstraZeneca
#PICK Sarawak
#COVID-19 di Sarawak
#PPV di Sarawak
#Vaksin Sinovac
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan