awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
31/05/2022
02:40 MYT
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,720,411 atau 48.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,171,888 atau 33 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,720,411 atau 48.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,010,184 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, sejumlah 16,096,363 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,497 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 10,803 dos harian diberikan semalam meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,923,930.
Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan empat kematian akibat COVID-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Melaka dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan