awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 15 PPV di Perak dibuka secara jumpa terus

Bernama
Bernama
07/09/2021
20:45 MYT
Vaksin COVID-19: 15 PPV di Perak dibuka secara jumpa terus
Kata Mohd Akmal, terdapat PPV yang hanya menerima antara 200 hingga 300 orang sehari untuk diberikan vaksin menerusi kaedah itu. - Foto Twitter
IPOH: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Perak diperhebatkan lagi dengan pembukaan sebanyak 15 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk orang ramai khususnya penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin secara jumpa terus.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata PPV yang terlibat adalah Stadium Indera Mulia di sini, Dewan Bandaran Kinta di Batu Gajah, Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim River, Dewan Millenium Lubok Merbau di Kuala Kangsar dan Dewan Majlis Perbandaran di Sungai Siput.
"Selain itu, Dewan Mohamed Jamrah, Sungai Sumun di Bagan Datuk, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, Dewan Permai di Selama, Dewan Bandaran Teluk Intan dan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya semalam.
Beliau berkata PPV lain pula ialah Dewan Merdeka Lenggong, Dewan Serbaguna Gerik, Dewan Dato' Zainal Abidin Zain di Bagan Serai, Dewan Kerian Permai di Parit Buntar dan Dewan Perumahan Penjawat Awam Amanjaya, Lumut Kiri di Seri Manjung.
Katanya, penduduk yang berusia 18 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin secara 'walk-in' atau jumpa terus di kesemua PPV yang disenaraikan kecuali Stadium Indera Mulia di sini dan Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah yang hanya menerima individu berusia 40 tahun dan ke atas secara jumpa terus.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat PPV yang hanya menerima antara 200 hingga 300 orang sehari untuk diberikan vaksin menerusi kaedah itu.
Mengikut statistik perkembangan PICK, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, seramai 1.58 juta jumlah pendaftaran diterima di Perak iaitu 84.9 peratus daripada jumlah populasi dan 1.3 juta orang telah diberikan vaksinasi dos pertama setakat Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suntikan vaksin
#Mohd Akmal Kamarudin
#Perak
#walk-in
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan