KUALA LUMPUR: Seramai 23.565 juta individu atau 72.2 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.6 peratus atau 25.344 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.109 juta individu atau 94.4 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Manakala, 97.4 peratus atau 25.344 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.9 peratus), Pulau Pinang (97.4 peratus), Perlis (96.5 peratus), Johor (95.7 peratus), Melaka (91.6 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.7).

Ini diikuti Kedah (85.7 peratus), Perak (85.3 peratus) dan Pahang (84.1 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (71.8 peratus), diikuti Kelantan (77.3 peratus).

Selain itu, seramai 1.456 juta atau 46.3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 157,999 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48.831 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.