awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy
Pembinaan RTS Link berjalan lancar, dijangka siap hujung tahun ini
UMNO bukan 'pak turut', kerjasama politik tidak bermaksud lemah - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 80 peratus penduduk dewasa Labuan lengkap dua dos - Dr Noor Hisham

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
26/07/2021
20:56 MYT
Vaksin COVID-19: 80 peratus penduduk dewasa Labuan lengkap dua dos - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada jumlah yang telah menerima suntikan dos pertama di Labuan, 82.9 peratus merupakan warganegara Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap dua dos vaksin COVID-19 hari ini (27 Julai).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sehingga Isnin, 54,693 atau 79.8 peratus penduduk Labuan berusia 18 tahun dan ke atas telah selesai menerima dua suntikan.
"Insya-Allah esok (Selasa) Labuan akan mencapai sasaran 80 peratus dewasa 18 tahun dan ke atas untuk melengkapkan dos vaksin COVID-19," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan terkini program pemvaksinan dan kawalan COVID-19 di Labuan menerusi Twitter malam tadi.
Bagi dos pertama sahaja, 65,521 atau 95.7 peratus penduduk di wilayah itu telah menerimanya setakat semalam.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu, daripada jumlah yang telah menerima suntikan dos pertama, 56,810 atau 82.9 peratus merupakan warganegara manakala selebihnya bukan warganegara.
Pada Isnin, Labuan merekodkan lapan kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di wilayah itu kini sebanyak 9,607.
Pada masa sama, terdapat 50 kes sembuh pada Isnin menjadikan keseluruhan 9,163 kes dan 298 kes aktif serta empat kes yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Laporan terkini program pemvaksinan dan kawalan covid19 di Labuan. InShaAllah esok Labuan akan mencapai sasaran 80% dewasa 18 tahun dan ke atas untuk melengkapkan dos vaksin covid19. pic.twitter.com/2Q6nQLRR9h
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 26, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Labuan
#Noor Hisham Abdullah
#suntikan
#unit rawatan rapi
#vaksin
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan