Pembinaan RTS Link berjalan lancar, dijangka siap hujung tahun ini

Pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. -Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Kerja pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual hujung tahun ini.
Ringkasan AI
- Pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
- Sebahagian besar infrastruktur fizikal projek RTS sudah siap, kini fokus pada pemasangan sistem RTS dan ujian sistem sebelum operasi dijangka bermula Januari 2027.
- Penggubalan rang undang-undang baru penting bagi memudahkan operasi kawalan sempadan bersama projek RTS Link Johor Bahru-Singapura, termasuk kerjasama CIQ co-location antara Malaysia dan Singapura.
"Tren pun sedang diuji di atas landasan di Johor Bahru. Kita harapkan semuanya berjalan lancar dan dapat disiapkan pada Disember, seterusnya dibuka untuk operasi pada Januari 2027," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada persidangan The CEO Series 2026 anjuran REHDA Institute di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi REHDA Institute Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip.
Loke berkata penggubalan rang undang-undang (RUU) baharu bagi memudah cara operasi kawalan sempadan secara bersama projek RTS Link Johor Bahru-Singapura yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang, amat penting sebelum ia beroperasi kelak.
"Tanpa undang-undang tersebut, kita tidak boleh mengadakan stesen kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) co-location iaitu kita membenarkan imigresen Singapura duduk di Stesen Bukit Chagar dan imigresen Malaysia juga duduk di sebelah Woodlands North.
"Ini adalah satu kerjasama dua negara yang telah dicapai dan persefahaman amat penting untuk memastikan keberkesanan RTS ini," katanya.
Mengenai Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar, Loke berkata pelaksanaan model seperti Central, Hong Kong yang menghubungkan semua bangunan sekitar dalam satu kawasan melalui laluan pejalan kaki perlu turut diintegrasikan dengan Johor Bahru (JB) Sentral.
"JB Sentral dengan Bukit Chagar jarak hampir 300 meter jadi perlu ada integrasi antara dua tempat ini untuk orang ramai mengambil bas dan tren," katanya.
Terdahulu, Loke menyaksikan pelancaran REHDA Institute Youth Initiative (RIYI) iaitu program pembangunan modal insan kebangsaan yang bertujuan meningkatkan kerjasama antara universiti dengan industri, selain memperkukuh bekalan tenaga kerja negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkembangan terkini Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura? A: Kebanyakan pembinaan infrastruktur fizikal RTS Link dilaporkan siap dan kini memasuki fasa pemasangan sistem, dijangka selesai menjelang hujung tahun ini.
- Q: Apa yang perlu dilakukan sebelum Projek RTS Link dapat beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan? A: Sebelum RTS Link boleh beroperasi pada Januari 2027, ujian sistem perlu dilakukan selepas pemasangan sistem, termasuk ujian tren di atas landasan di Johor Bahru.
- Q: Mengapakah penggubalan rang undang-undang (RUU) baharu adalah penting bagi projek RTS Link Johor Bahru-Singapura? A: Penggubalan RUU baharu diperlukan bagi memudahkan cara operasi kawalan sempadan bersama projek RTS Link Johor Bahru-Singapura, termasuk membenarkan stesen kastam, imigresen, dan kuarantin (CIQ) co-location antara Malaysia dan Singapura.
- Q: Apakah integrasi yang perlu dilakukan antara JB Sentral dan Bukit Chagar bagi memudahkan pengangkutan orang ramai? A: Integrasi antara JB Sentral dan Bukit Chagar perlu dipertimbangkan, dengan jarak hampir 300 meter antara kedua tempat tersebut, untuk membolehkan orang ramai mengambil bas dan tren dengan lebih efisien.
- Q: Apa tujuan program REHDA Institute Youth Initiative (RIYI) yang dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke? A: Program RIYI bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara universiti dengan industri serta memperkuat bekalan tenaga kerja negara sebagai inisiatif pembangunan modal insan kebangsaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

