awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 93.8% populasi dewasa lengkap dua dos

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
23:12 MYT
Vaksin COVID-19: 93.8% populasi dewasa lengkap dua dos
Bagi populasi keseluruhan, seramai 22.76 juta individu atau 69.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 21.96 juta individu atau 93.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 97.2 peratus atau 22.74 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 114.4 peratus.
Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 100.6 peratus, Labuan (101.2 peratus), Perlis, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Hanya Kelantan dan Sabah masih mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa di bawah 80 peratus apabila masing-masing merekodkan 76.6 peratus dan 70.5 peratus.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 22.76 juta individu atau 69.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 77.2 peratus atau 25.2 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 806,330 atau 25.6 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 101,415 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini adalah lebih 47.83 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan