awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Dakwaan ada amalan 'potong barisan', kerajaan negeri Kelantan buat laporan polis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/03/2021
07:31 MYT
Vaksin COVID-19: Dakwaan ada amalan 'potong barisan', kerajaan negeri Kelantan buat laporan polis
Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran laporan yang mendakwa berlaku amalan "potong barisan” berhubung pemberian suntikan vaksin COVID-19 di negeri itu.
Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi.
Ketika ditemui, Mohamad Taufik memaklumkan laporan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
“Kerajaan negeri membuat satu laporan polis berhubung isu tular yang menyatakan bahawa ahli SUK potong barisan, sebanyak 200 orang.
"Ia bermula daripada posting seorang individu di laman sosial dan posting viral itu menyebabkan memberi persepsi buruk kepada kerajaan Negeri, JKN dan KKM. Kerajaan Negeri terpanggil untuk buat laporan supaya dijalankan siasatan dan diambil tindakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin menafikan dakwaan berlaku amalan terbabit yang didakwa melibatkan 200 kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dalam Program Imunisasi COVID-19 di Kelantan yang dilancarkan semalam.
Dakwaan berkenaan disifatkan beliau sebagai berniat jahat dan memfitnah.
Kerajaan negeri Kelantan juga katanya memandang serius perkara berkenaan kerana ianya boleh mengundang imej tidak baik kepada kerajaan negeri.
Ahad lalu tular di laman media sosial antaranya di twiter memaparkan tangkap layar pesanan mendakwa suntikan vaksin COVID-19 kepada doktor dan jururawat serta petugas barisan hadapan yang tersenarai awal terpaksa ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada 200 ahli SUK.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#media sosial
#Kota Bharu
#polis
#KKM
#potong barisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan