awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 dibawa keluar dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/02/2021
05:04 MYT
Vaksin COVID-19 dibawa keluar dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11
Vaksin itu dibawa menggunakan kenderaan KKM dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Vaksin COVID-19 yang diberada di Klinik Kesihatan (KK) Presint 18 telah dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya pada pukul 12.50 tengah hari tadi.
Vaksin itu dibawa menggunakan kenderaan Kementerian Kesihatan (KKM) dari KK Presint 18 ke PKD Presint 11 pada jarak sejauh 9.1 kilometer dengan anggaran tempoh perjalanan selama 18 minit.
Sebaik vaksin sampai ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Presint 11, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan bersama-sama sekitar 500,000 petugas barisan hadapan menerima dos pertama, dalam fasa pertama program vaksinasi yang bermula antara Februari hingga April 2021.
Fasa kedua iaitu antara April hingga Ogos 2021, khusus untuk kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.
Fasa ketiga pula, iaitu antara Mei hingga Februari 2022, untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara) dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
Pada 21 Februari lepas, bekalan pertama sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dapatkan berita terkini mengenai vaksin COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#PKD Presint 11
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan