KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai angka 157,949 pada Khamis.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.1 juta dos.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 46,819.


Manakala pemberian harian dos pertama pada 10 Jun ialah 111,130.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 10 Jun adalah 2.8 juta, manakala dos kedua adalah 1.3 juta.

Manakala negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin COVID-19 adalah Kuala Lumpur dengan lebih 600,000, Selangor hampir 584,000 diikuti Sarawak dengan jumlah hampir 400,000 yang telah divaksinasi.