awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: KTMB percepat proses di PPVIN KL Sentral, MyRA

Dagang News
Dagang News
18/08/2021
00:45 MYT
Vaksin COVID-19: KTMB percepat proses di PPVIN KL Sentral, MyRA
Sehingga kini 77 peratus daripada 5,782 pekerja telah menerima dua dos vaksin lengkap. - Foto Twitter/KLIA Ekspres
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTMB) sedang mempercepat kadar pemberian vaksin kepada kakitangan melalui dua pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), iaitu PPVIN KL Sentral dan PPVIN Akademi KTM (MyRA), Batu Gajah, Perak.
Pada Isnin dan Selasa telah berlangsung PPVIN KL Sentral untuk warga kerja KTMB yang menerima dua dos vaksin lengkap.
Mereka terdiri daripada kakitangan pelbagai bidang kerja yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama pada 26 dan 27 Julai lalu.
Sehingga kini 77 peratus daripada 5,782 pekerja telah menerima dua dos vaksin lengkap.
Menurut Penyelaras Program PPVIN KTMB, Nor Azizi Azis, syarikat menyasarkan lebih 90 peratus warga kerja KTMB akan menerima dua dos vaksin lengkap menjelang awal September 2021.
Tambahnya lagi, ini adalah salah satu inisiatif mencapai sasaran imuniti kelompok dan bersedia untuk ke fasa seterusnya.
KTMB merupakan operator rel negara yang turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Melalui program vaksinasi dalam kalangan warga kerja ini, kes harian dapat dikurangkan dan tren dapat beroperasi seperti biasa selepas aktiviti merentas negeri dibenarkan.
Program ini telah mendapat kelulusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan ianya merupakan inisiatif bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#KTMB
#PPVIN
#PPVIN KL Sentral
#PPVIN MyRA
#kakitangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan