awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
06/03/2021
08:57 MYT
Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan
Presiden Pengamal Perubatan Swasta Sarawak, Dr Liew Shan Fap menggesa orang ramai untuk mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. FOTO: Astro AWANI
KUCHING: Penerimaan rakyat terhadap Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan merupakan aspek penting dalam menjayakan agenda memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.
Malah penerimaan terhadap vaksin juga bakal merealisasikan hasrat Sarawak untuk mencapai sasaran 70 peratus warganya menerima vaksin menjelang Ogos 2021.
Untuk itu, Presiden Pengamal Perubatan Swasta Sarawak, Dr Liew Shan Fap menggesa orang ramai untuk mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
“Saya rasa setiap orang harus mendapat vaksinasi supaya kita dapat melindungi diri kita sendiri dan juga melindungi orang lain,” katanya selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Stadium Tertutup Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.
Tambahnya, sehingga Jumaat, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 14 ribu 855 individu sejak 26 Februari 2021.
Ini menunjukkan kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).
“Bilangan petugas barisan hadapan yang telah divaksin di negeri Sarawak mendahului negeri-negeri lain.
“Saya rasa ia adalah pencapaian yang sangat baik dan saya merasakan perkembangannya sangat lancar dan sangat sistematik,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#vaksin di Sarawak
#COVID-19 di Sarawak
#Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan
#Pengamal Perubatan Swasta Sarawak
#Liew Shan Fap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan