KUALA LUMPUR:Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat.
Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL Group, Frank Appel, berkata semua negara perlu bersedia dengan keadaan yang disebut sebagai 'last mile delivery', yang berpotensi menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan baik.
"Ada sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.
"Kerajaan perlu menjawab banyak persoalan, adakah sistem kesihatan anda bersedia dan bagaimana anda mahu menanganinya?
"Kerajaan perlu mempersiapkan negara mereka untuk menghadapi situasi ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi forum bertajuk 'Vaccinating the world: From mass production to last-mile delivery' sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung secara maya, pada Selasa.
Appel juga menggesa syarikat besar dan kaya yang tersenarai dalam Fortune 500 agar mengambil bahagian dalam usaha imunisasi COVID-19 di peringkat global.
Kata Appel, langkah itu akan memberi sumbangan besar kepada usaha melambatkan serta melandaikan lengkung jangkitan.
"Kami ada 570,000 pekerja di seluruh dunia. Jika semuanya diberi vaksin, ia tidak mengubah banyak perkara.
"Tetapi bayangkan jika 500 syarikat ini mengambil langkah yang sama, ia pasti memberi kesan yang signifikan," katanya.
Sementara itu, COVAX, projek yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama beberapa pihak antaranya GAVI dan Pusat Inovasi Penyediaan Epidemik (CEPI), menekankan kepentingan pengagihan vaksin yang menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif GAVI, Seth F. Berkley, berkata, mereka kini sedang sedaya upaya mempercepatkan pengedaran vaksin ke seluruh dunia, dengan dua bilion vaksin dijangka selesai diedar penghujung tahun ini.
"COVAX berperanan untuk memastikan akses yang adil, meneruskan penyelidikan dan pembangunan serta memastikan tahap kesediaan dengan sistem pengawalseliaan.
"Terdapat sedikit situasi panik kerana banyak negara menginginkan dos secepat yang mungkin dan kami melakukan yang terbaik untuk mempercepatkan prosesnya," katanya.
Madiha Abdullah
Tue Jan 26 2021

Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain. - Gambar fail/ Reuters

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Beliau berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Kluster majlis pengebumian penyumbang peningkatan kes COVID-19 Sabah
Kluster melibatkan majlis pengebumian di daerah Nabawan menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di Sabah.

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Pemilihan Abang Johari sebagai individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNtech diharap dapat memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu.

Penghantaran vaksin COVID-19 fasa pertama ke bahagian Kuching dan Sibu bermula esok
Kerajaan Sarawak akan meneruskan proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech yang diterima hari ini bermula esok.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat
Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.

MySejahtera: Daftar tanggungan bagi vaksinasi mula pertengahan Mac
Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin.