awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir terburuk landa Washington, gabenor beri amaran krisis berpanjangan

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
00:15 MYT
Banjir terburuk landa Washington, gabenor beri amaran krisis berpanjangan
Pandangan dari dron menunjukkan sebuah kenderaan berada di Sungai North Fork Nooksack selepas fenomena sungai atmosfera menyebabkan hujan lebat dan banjir di wilayah Barat Laut Pasifik, di Deming, Washington. - Foto REUTERS
SNOHOMISH: Gabenor Washington, Bob Ferguson, memberi amaran bahawa negeri itu bakal berdepan minggu dan bulan yang mencabar susulan bencana banjir yang masih berterusan menenggelamkan beberapa kawasan di barat laut Amerika Syarikat (AS).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Ferguson menyifatkan tempoh mendatang sebagai “amat menekan bagi ramai penduduk Washington” ketika hujan lebat yang berpanjangan terus memburukkan keadaan.
Amaran itu dikeluarkan ketika penduduk dan pasukan kecemasan di bandar-bandar sepanjang Sungai Skagit di barat negeri tersebut bersiap sedia menghadapi kemungkinan empangan pecah.
Tentera Pengawal Kebangsaan turut dikerahkan bagi membantu operasi pemindahan selepas beberapa hari dilanda hujan lebat dan banjir besar.
Fenomena cuaca ekstrem ini berpunca daripada siri ribut “sungai atmosfera”, arus udara besar yang membawa lembapan padat dari lautan, yang melanda kawasan barat laut Pasifik, termasuk sebahagian Idaho utara dan Montana barat.
Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran banjir besar di beberapa daerah, manakala sekolah dan perkhidmatan awam ditutup buat sementara waktu.
Ribuan penduduk telah dipindahkan, dan kerosakan infrastruktur dilaporkan meluas.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#empangan pecah
#cuaca ekstrem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan