awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: PICK Fasa 2 mula tunjuk keberkesanan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/07/2021
03:13 MYT
Vaksin COVID-19: PICK Fasa 2 mula tunjuk keberkesanan
Seramai 2.3 juta warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin melalui PICK Fasa Dua. Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Tanda-tanda awal keberkesanan hasil daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 ke atas golongan warga emas dan rentan mula melihatkan perkembangan positif.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keberkesanan itu termasuk pengurangan jangkitan serius bagi kategori 4 dan 5 dalam kalangan pesakit warga emas.
Begitu juga, terdapat penurunan dari segi angka kemasukan ke hospital melibatkan golongan itu.
Perkara itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini.
Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) fasa 2 kepada golongan warga emas dan rentan mulai menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanan dengan pengurangan jangkitan serius (kategori 4 dan 5) dan penurunan kemasukan ke hospital di kalangan pesakit warga emas. (Garisan hijau) pic.twitter.com/OvfvE2P1rL
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 19, 2021
Untuk rekod, seramai 2.3 juta warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan di bawah program vaksinasi Fasa Dua.
Sebelum ini, Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, secara keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.
Usaha terbaharu bagi meningkatan kadar vaksinasi bagi golongan ini termasuk kebenaran 'walk-in' untuk golongan ini di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#warga emas
#OKU
#COVID-19
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PICK
#PPV
#Fasa dua
#Noor Hisham Abdullah
#program vaksinasi
#suntikan
#jangkitan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan