awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/02/2021
06:14 MYT
Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur
Orang ramai serta memuji kecekapan kerajaan dan semua pihak yang membantu melancarkan proses penghantaran pertama. - Foto/Reuters
KUALA LUMPUR: Hampir setahun bergelut dengan pandemik COVID-19, hari ini negara menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang mungkin menjadi jawapan kepada pengakhiran situasi sukar ini.
Bagi warga maya, rata-rata berharap vaksin berkenaan akan membawa sinar baharu, sekali gus membuka jalan untuk kehidupan normal sebagaimana sebelum pandemik melanda.
Tidak kurang juga yang mendoakan proses yang dijadualkan berjalan lancar atau dapat disegerakan.
Menerusi laman sosial juga, dapat dilihat keterujaan orang ramai serta memuji kecekapan kerajaan dan semua pihak yang membantu melancarkan proses penghantaran pertama itu.
Mantap dah sampai. Tolak dengan antivacc, harap harap vaksin sampai cepat kat aku. https://t.co/70cl3Ovq2y
— brgsjks (@brgsjks) February 21, 2021
Ouh, vaccine ni la yang dah safely arrived at malaysia international airport pukul 10 am pagi tadi There are 2 types of vaccine yang government malaysia order hari tu Ha, nama 2 vaccine ni Pfizer and biotech la like that Hopefully ianya berkesan Ok, keep up the good work yo https://t.co/rL7e30fHO1
— Arcmalz (@arcmalzsmarter) February 21, 2021
Malaysia received 1st batch Pfizer vaccine. Today. On my birthday. Remember vaccine remember my birthday okay
— cajwani (@syazwanyyzaty) February 21, 2021
historical day. Pfizer-BioNTech arrive at our very place about morning , ferrying over 312K nos for first-batch tagline lindung diri lindung semua vaccine aims to covers domestic population efficacy of vaccine is tremendous , might result game changer thank you , Malaysia
— H. Hilson (@harireehilson) February 21, 2021
The first batch of Pfizer vaccine has finally reached Malaysia. A ray of hope. It's a long process but it's a start I guess.
— ritsu (@avanpiper) February 21, 2021
Me to Pfizer : To all Prizer vaccines, Welcome to Malaysia! Weve been waiting for so long for the sunshine to come here..
— (@ShashaAlexandra) February 21, 2021
Alhamdulillah first shipment of Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccines has arrived in Malaysia pic.twitter.com/oRjU533lCm
— Qamarina Najwa (@qmarinanajwa) February 21, 2021
Alhamdulillah, pfizer selamat mendarat di Malaysia
— evermore (@_eymanz) February 21, 2021
Di sebalik kegembiraan itu, masih terdapat segelintir netizen yang sangsi dengan vaksin tersebut.
Lebih mengecewakan, apabila ada yang cuba mempengaruhi keyakinan pihak lain dengan berkongsi kenyataan atau berita yang tidak dipastikan kesahihannya.
Untungnya, masih ramai yang mampu berfikiran waras dan segera memberi penjelasan sewajarnya.
Terdahulu, vaksin Pfizer-BioNTech yang diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium selamat mendarat di KLIA pada jam 10 pagi.
Penerbangan dengan Pesawat Malaysia Airlines MH604 yang dihiasi Jalur Gemilang itu membawa 312,390 dos vaksin.
Fasa pertama Progam Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan berjalan dari Februari hingga April, melibatkan petugas barisan hadapan.
Ia akan mula diedarkan untuk suntikan pada 24 Feb ini. Semua berita vaksin COVID-19
Semua berita vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
#Malaysia
#pandemik
#laman sosial
#Malaysia Airlines
#KLIA
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan