KUALA LUMPUR:Vaksin COVID-19 adalah selaras dengan tuntutan syarak dari aspek mencegah penyakit selain membantu memastikan seseorang individu yang mengambilnya tidak memudaratkan orang lain.
Pegawai penyelidik di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fahmi Rusli berkata, justeru pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi termasuk warga emas.
"Pengambilan vaksin COVID-19 bagi mencegah penyakit adalah sama konsepnya dengan pengambilan suntikan yang diberikan kepada bayi bagi mencegah jangkitan pelbagai penyakit seperti polio dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam segmen Tanya Jakim bertajuk 'Ada Apa Dengan Vaksin COVID-19' yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.
Fahmi berkata langkah untuk mencegah penyakit adalah perkara yang dituntut Islam dan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: 'Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma ajwa setiap pagi maka pada hari itu dia akan terpelihara daripada racun dan sihir'.
Beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya untuk mencegah penyakit atau mendapatkan rawatan lebih awal sebelum seseorang itu mendapat penyakit.
Oleh itu, Fahmi berkata tindakan tidak mengambil vaksin COVID-19 boleh menyebabkan seseorang itu membawa risiko kepada orang lain dan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya untuk tidak membawa kemudaratan.
Sebelum ini Bernama melaporkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam bulan lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dipetik sebagai berkata ketetapan itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) Isnin lepas memaklumkan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada penghujung Februari ini dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac.
Program vaksinasi COVID-19 akan berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan dan hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi. - Gambar hiasan

Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.

Minat pada reptilia, penghantar makanan jadikan rumah 'zoo ular'
Selain ular tedung, Mohamad Saifullah turut memelihara ular sawa yang diimport dari Myanmar.

Polis pantau 'posting' anti vaksin bekas pelakon
Polis sedang memantau laman sosial milik seorang bekas pelakon lelaki yang dilaporkan sering membuat hantaran berhubung fahaman anti vaksin.

Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

Kerajaan rugi 25 peratus cukai kandungan kreatif dicetak rompak
Kerajaan mengalami kerugian sebanyak 25 peratus daripada setiap kandungan kreatif yang dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggunjawab.

Keyakinan masyarakat Cina terhadap PH semakin berkurang - Dr Robert
Tahap keyakinan masyarakat Cina yang merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu sendiri.

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

Vaksin COVID-19: DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
Pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

PM tiba di Perlis, lakukan lawatan kerja sehari
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perlis untuk lawatan kerja bagi meninjau lokasi PPV COVID-19 selain bertemu dengan kepimpinan PN.

Wujud peluang untuk mengubah ekonomi ketika krisis - PM
Untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya iaitu peluang yang tidak sama rata

Polis pantau 'posting' anti vaksin bekas pelakon
Polis sedang memantau laman sosial milik seorang bekas pelakon lelaki yang dilaporkan sering membuat hantaran berhubung fahaman anti vaksin.

Vaksin COVID-19: DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
Pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

Vaksin COVID-19: 10 hari PICK seramai 99,616 terima vaksin, Sarawak tertinggi
Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
KKM sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

Pelajar IPTA terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.

Jual vaksin COVID-19: Jangan percaya! - Ismail Sabri
Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin COVID-19 termasuk secara dalam talian.

Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.