KUALA LUMPUR:Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekali lagi memberi jaminan hanya vaksin yang benar-benar selamat dan berkesan akan digunakan di negara ini.
Dalam catatan terbaharu di blognya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, vaksin berkenaan telah diuji kepada puluhan ribu manusia sebelum diluluskan, dan jutaan manusia di seluruh dunia sudah pun mula menerima suntikan vaksin mereka.
Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia digesa untuk yakin dengan sains, bukannya teori konspirasi yang tular dalam group WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu.
“Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima.
“Vaksin ini tidak mengandungi microcip untuk mengambil alih pemikiran kita. Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaksin ini dihasilkan oleh sains,” katanya lagi.
Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa Kerajaan Pusat untuk segera menjalankan ‘Kempen Yakin Vaksin’, bagi memastikan rakyat berasa selamat untuk menggunakan vaksin COVID-19, seterusnya mengurangkan risiko jangkitan virus itu.
Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Pasukan Petugas Imunisasi PH berkata, mereka bimbang dengan pengaruh golongan “Ánti-Vaxxer” mampu menggugat keyakinan rakyat Malaysia, dan akhirnya memberi risiko terhadap sasaran program vaksin negara.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. Klik di sini.
BACA: COVID-19: Risau dengan anti-vaxxer, PH gesa Kerajaan jalankan Kempen Yakin Vaksin
Mengulas lanjut, Khairy berkata, lebih ramai rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin, maka jangkitan akan mula menurun dalam kalangan komuniti.
"Bila kita yakin dengan sains, kita akan yakin dengan vaksin COVID-19. Bila kita yakin, seramai mungkin akan menerima suntikan mereka. Bila ramai menerima suntikan vaksin ini, bilangan jangkitan akan mula menurun. Bilangan kematian dan pesakit yang dimasukkan ke ICU akan mula menurun.
“Bila jangkitan menurun, lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial boleh dijalankan tanpa sekatan yang terlalu ketat. Inilah kaitan langsung program imunisasi yang berjaya kepada pemulihan ekonomi. Ia sangat berkait rapat,” katanya lagi.
Khairy berkata, negara-negara yang telah melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.
Susulan pelaksanaan program imunisasi COVID-19 di seluruh dunia, jelasnya lagi, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi global akan berkembang pada kadar 5.5% pada tahun ini, peningkatan berbanding ramalan awal mereka iaitu 5.2%.
“Bagi Malaysia pula, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan kembali berkembang pada kadar 6.7% bagi tahun 2021, tetapi ini adalah tertakluk kepada kelancaran serta keberkesanan program imunisasi, peningkatan kedudukan eksport negara serta tahap pelaburan di Malaysia,” katanya lagi.
Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, jelasnya lagi, adalah penting bagi memastikan ramalan tersebut dapat dicapai.
Menerusi program imunisasi itu, Khary berkata, proses pemulihan ekonomi akan dapat dilakukan dengan lancar apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dibuka.
“Sebagai contohnya, apabila sempadan negara kembali dibuka, sektor yang terjejas teruk seperti penerbangan dan pelancongan akan dapat beroperasi semula. Begitu juga kilang-kilang yang dapat beroperasi tanpa risiko perlu ditutup akibat jangkitan sesama pekerja.
“Rantaian ekonomi berterusan akan membolehkan kitaran ekonomi berjalan lancar yang akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara malah kepada kehidupan seharian rakyat,”katanya lagi.
Justeru, Khairy berkata, apa-apa gangguan dalam program imunisasi serta keadaan pandemik COVID-19 yang berterusan akan terus membawa negara ke arah ketidaktentuan ekonomi dan akan memaksa kawalan pergerakan seperti ketika ini diteruskan.
“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar setiap ahli masyarakat untuk bersama-sama menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.
“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran kita untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Feb 14 2021

Khairy berkata, negara-negara yang melancarkan program imunisasi COVID-19 telah mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka. - Gambar fail

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Warga emas diberi vaksin Sinovac mulai minggu depan
Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas bermula 19 April ini, kata Khairy Jamaluddin.

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.

Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy
Panel pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan maklumat terbaru mengenai vaksin berkenaan.

Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

Vaksin COVID-19: Malaysia sertai COVAX untuk tunjukkan solidariti global - Khairy
Malaysia telah membuat keputusan untuk menyertai COVAX bagi menunjukkan solidariti global dan memastikan ekuiti vaksin untuk semua.

Vaksin COVID-19: Malaysia ambil maklum kesan samping AstraZeneca, keselamatan diutamakan
Menurut Khairy Jamaluddin Malaysia akan terus mengikuti rapat perkembangan dan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Khairy tegur kurang kerjasama negara ASEAN untuk mudahkan perolehan vaksin
Jika kerjasama sedemikian wujud, ia berkemungkinan mempercepatkan perolehan vaksin dalam kalangan anggota.

Malaysia akan terus guna vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Dr Adham menjelaskan data klinikal telah menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak manfaat berbanding negatif dengan vaksin ini.

8 wilayah, negeri mulakan fasa kedua imunisasi 19 April ini
Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini.

Kerajaan sedia pelan sokongan jika terpaksa tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca
Kerajaan mempunyai beberapa pelan sokongan jika terpaksa menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.