awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kolaborasi Agung: Bersatu ambil sikap terbuka, bakal pertimbang cadangan Zahid
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis

Bernama
Bernama
26/02/2021
20:20 MYT
Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Surina berkata polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu. -Bernama
ARAU: Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19 dengan menyebar maklumat palsu bagi memburukkan penggunaannya.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata polis sentiasa melakukan pemantauan di media sosial bagi tujuan itu.
Katanya perbuatan menghasut boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan ketakutan kepada orang awam selain boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menimbulkan rasa takut terhadap orang awam.
"Apa yang penting adalah vaksin ini selamat digunakan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang petama menerima suntikan vaksin tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima 100 bungkusan makanan bagi program Singgah Front Liner anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) di Sekatan Jalan Raya (SJR) Ulu Pauh di sini hari ini.
Turut hadir dalam program pertama anjuran PWP yang baru ditubuhkan awal tahun ini ialah Presiden PWP Mohamad Asri Shafii, Exco Teknologi Maklumat dan Komunikasi Rozieana Ahmad serta beberapa sukarelawan.
Rozieana berkata kewujudan PWP tepat pada masanya dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat dan mengajak masyarakat lebih menghargai peranan petugas barisan hadapan dalam melindungi orang ramai daripada bahaya wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#vaksin
#COVID-19
#polis
#Perlis
#Perdana Menteri
#rakyat
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan