awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV

Bernama
Bernama
10/09/2021
02:43 MYT
Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV
Kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 9 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/l1JP93xdRe
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 10, 2021
Sebanyak 322,346 dos vaksin COVID-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.
Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 9 September #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/KhbwXRLNyL
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 10, 2021
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dewasa
#lengkap
#JKJAV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan