awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 91.1 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

Bernama
Bernama
11/03/2022
02:00 MYT
Vaksin COVID-19: 91.1 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,834,807 individu atau 91.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,934,891 individu atau 94.3 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,097,425 individu atau 30.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,202,158 individu atau 64.6 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19 manakala sejumlah 22,932,696 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,209,324 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan meliputi 20,178 dos pertama, 1,736 dos kedua dan 42,845 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,002,567.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 70 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan angka tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Selangor (11), Johor (10) dan Kelantan (sembilan).
Kedah merekodkan tujuh kes, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing empat kes, Pahang (tiga) manakala masing-masing satu kes di Perlis dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan