awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Anwar dakwa kawalan kerajaan jadi punca kadar imunisasi rendah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/04/2021
03:28 MYT
Vaksin COVID-19: Anwar dakwa kawalan kerajaan jadi punca kadar imunisasi rendah
Anwar berkata, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menunggu berbulan lamanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan meskipun telah memperuntukkan dana sendiri bagi mendapatkan dua juta dos buat rakyatnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertindak pantas dan menyokong usaha kerajaan negeri dan sektor swasta mendapatkan perolehan terhadap vaksin COVID-19 yang telah diluluskan.
Ketua Pembangkang itu turut menuntut siasatan bebas dilakukan di Parlimen mencari punca kelewatan kadar pemorelahan vaksin yang didakwa dialami kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta.
"Setakat hari ini, kurang daripada tiga peratus rakyat Malaysia telah mendapat suntikan vaksin.
"Saya dimaklumkan, beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan telah berusaha sendiri untuk memperolehi bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sebagai respons terhadap kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik ini.
"Usaha mereka bagaimanapun tergantung, lantaran sering dilengahkan oleh kementerian yang terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Presiden PKR itu mendakwa, kerajaan PN terlalu memikirkan cara mengawal keseluruhan proses sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya.
Ujarnya, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menunggu berbulan lamanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan meskipun telah memperuntukkan dana sendiri bagi mendapatkan dua juta dos buat rakyat Selangor.
"Kerajaan negeri Sarawak hadapi nasib yang sama. Malah saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali.
"Turut dilaporkan, vaksin Sinopharm dijangka tiba Mei nanti, namun sehingga Mac, kita masih belum pasti sama ada kelulusan telah diberikan, sekali gus menambah kepada timbunan masalah yang menanti penyelesaian.
"Kerajaan pusat tidak perlulah menguruskan semuanya, daripada membeli sehinggalah menyuntik setiap dos," jelas Anwar.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan negeri memiliki jaringan dan kemampuan tersendiri untuk memperoleh vaksin yang mungkin mengatasi keupayaan kerajaan pusat.
Tambahnya, ada juga syarikat-syarikat swasta bersedia membelanjakan sejumlah wang bagi memvaksin pekerja dan keluarga mereka, meskipun dengan harga yang mahal.
Begitu juga, katanya, terdapat yayasan dan pertubuhan kebajikan yang bersedia menyokong usaha-usaha vaksinasi di kawasan setempat.
"Terdapat ratusan ribu, bahkan lebih ramai lagi, rakyat Malaysia yang sanggup membayar sejumlah wang agar dapat divaksin, sama ada di hospital swasta atau klinik.
"Sekiranya pemain-pemain ini diberikan galakan dan kelulusan yang diperlukan dengan kadar segera, bekalan terhad yang kini dimiliki kerajaan pusat boleh terus disalurkan kepada golongan miskin dan yang terpinggir serta mereka yang amat memerlukannya," kata Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Parlimen
#kerajaan
#pembangkang
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#vaksin
#Sinopharm
#COVID-19
#pandemik
#imunisasi
#kerajaan pusat
#kerajaan negeri
#Selangor
#Sarawak
#dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan