awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Johor mula beri suntikan kepada remaja akhir Oktober

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2021
03:53 MYT
Vaksin COVID-19: Johor mula beri suntikan kepada remaja akhir Oktober
Hasni berkata, keperluan pemberian vaksin bagi pelajar bawah 18 tahun adalah penting pada ketika ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor akan mula memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah bawah 18 tahun.
Pemberian itu dijangka akan dilaksanakan pada akhir Oktober ini selepas sasaran 100 peratus populasi dewasa lengkap dos kedua dicapai.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, keperluan pemberian vaksin bagi pelajar bawah 18 tahun adalah penting pada ketika ini, berbanding keperluan pemberian dos ketiga.
"Yang lebih penting adalah golongan bawah 18 tahun, pelajar-pelajar, mahasiswa, belia.
"Ketika ini 84.3 peratus golongan dewasa telah terima sekurang-kurangnya satu dok suntikan vaksin manakala 53.5 peratus telah lengkapkan vaksinasi mereka.
"Kita sasarkan untuk mula memberi vaksin kepada mereka di bawah 18 tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan pada Masyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Soalan diutarakan ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong yang meminta penjelasan adakah dos ketiga akan diberikan kepada petugas barisan hadapan yang telah lengkap dua dos vaksin.
Jelas Hasni, Johor akan sentiasa mengikut rapat perkembangan pemberian dos ketiga sekiranya isu itu diputuskan kerajaan pusat.
Dalam pada itu, Hasni turut memaklumkan Johor akan menerima sumbangan vaksin COVID-19 jenis Sinopharm sebanyak 300,000 dos daripada kerajaan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.
Singapura juga akan menyumbang 100,640 dos vaksin Pfizer-BioNTech.
Manakala 20,000 dos vaksin Sinovac dari republik itu telah diterima pada 29 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#remaja
#Hasmi Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan