awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri
Urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria bermula Sabtu - Bank Pusat
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lagi 1.6% untuk capai 90% penduduk dewasa lengkap suntikan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/10/2021
21:56 MYT
Vaksin COVID-19: Lagi 1.6% untuk capai 90% penduduk dewasa lengkap suntikan
Seramai 120,402 atau 3.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal 1.6 peratus lagi sebelum kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus dan kelonggaran rentas negeri diberikan menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Seramai 20.7 juta individu atau 88.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.5 peratus atau 22,117,595 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,819,254 individu atau 63.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 73.8 peratus atau 24,085,144 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 120,402 atau 3.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 224,034 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK) adalah 44,797,925 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan
#vaksin
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan