awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lebih 900,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
08/05/2022
02:40 MYT
Vaksin COVID-19: Lebih 900,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 23,115 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 911,666 atau 25.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,546,751 atau 43.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,706 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,219 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada masa sama, sejumlah 16,041,560 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,973 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 23,115 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Pulau Pinang dan satu kes di Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan