awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Malaysia lulus penggunaan kecemasan Sinopharm, Johnson & Johnson

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/07/2021
03:55 MYT
Vaksin COVID-19: Malaysia lulus penggunaan kecemasan Sinopharm, Johnson & Johnson
PBKD pada Jumaat meluluskan penggunaan secara kecemasan produk vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan penggunaan secara kecemasan produk vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson, pada Jumaat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
"Ini bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
"KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.
"Kelulusan tersebut diberikan selepas Mesyuarat PBKD Kali Ke-361 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Malaysia telah meluluskan beberapa jenis vaksin COVID-19 secara kecemasan, antaranya AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Sinovac, CanSino dan terbaharu Sinopharm serta Johnson & Johnson.
Topic Berkaitan
#Sinopharm
#Johnson & Johnson
#NPRA
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#PICK
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan