Vaksin COVID-19: Pengumuman PM perjelas dakwaan tidak tepat Kit Siang - Khairy

Fauzi Suhaimi
Disember 22, 2020 02:32 MYT
Khairy berkata melalui perjanjian yang dimuktamadkan dengan pembekal vaksin itu, Malaysia bakal memperoleh vaksin untuk diberikan kepada hampir 83 penduduk dengan harga RM2.05 bilion. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status terkini portfolio vaksin COVID-19 hari ini dapat menyelesaikan isu penularan maklumat tidak tepat yang disebarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata melalui perjanjian yang dimuktamadkan dengan pembekal vaksin itu, Malaysia bakal memperoleh vaksin untuk diberikan kepada hampir 83 peratus penduduk dengan harga RM2.05 bilion.
"Perdana Menteri baharu sahaja mengumumkan portfolio vaksin COVID-19 yang dikemas kini dan setelah menandatangani perjanjian dengan COVAX, Pfizer dan BioNTech serta AstraZeneca, dan bakal memuktamadkan perjanjian dengan Sinovac, CanSino dan juga Gamaleya, kita akan mendapat vaksin untuk hampir 83 peratus penduduk dengan harga RM2.05 bilion.

PM @MuhyiddinYassin has just announced our updated portfolio of COVID-19 vaccines. After signing deals with COVAX, Pfizer & Astra Zeneca and finalising agreements with Sinovac, CanSino & Gamaleya, we will have vaccines for almost 83% of our population at RM 2.05bn. pic.twitter.com/ZMaEoxI6Qm

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan pengumuman ini, saya harap ia dapat menyelesaikan maklumat salah yang disebarkan Kit Siang yang mendakwa kerajaan membelanjakan RM3 bilion hanya untuk perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech sahaja merangkumi 20 peratus daripada populasi rakyat Malaysia," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya turut menawarkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang bersifat bipartisan agar segera memberi penerangan tentang perincian perolehan untuk kepentingan bersama.

I would also like to offer once again to the Parliamentary Select Committee, which is bipartisan, that I brief them immediately on the details of our procurement in the interest of permissible disclosure. pic.twitter.com/jk9WfRa1Cn

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, vaksin itu akan dihantar sepanjang tahun depan dengan penghantaran pertama dijadualkan bermula Februari 2021.
"Ia berdasarkan persetujuan dan pendaftaran Badan Pengawas Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).
"Untuk perincian lanjut, saya akan jelas dalam sidang media esok," katanya.
Semalam, Khairy menyangkal kenyataan Kit Siang berhubung perbandingan kos vaksin Pfizer yang perlu dibayar negara.

With this announcement, I hope it clears up the misinformation spread by @limkitsiang that we spent RM3bn on just the Pfizer deal alone that covers 20% of our population.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah kenyataan itu turut mendapat reaksi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara sinis menyifatkan kos vaksin COVID-19 Penasihat DAP itu adalah yang paling rendah di seluruh dunia.
Sumber Facebook najibrazak
Sementara itu, Muhyiddin pada Selasa mengumumkan akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin virus berkenaan.
Ini kerana, jelas beliau, ia sebagai langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.
#Najib Razak #Khairy Jamaluddin #Muhyiddin Yassin #Lim Kit Siang #rakyat Malaysia #COVID-19 #Perdana Menteri #DAP #vaksin COVID-19