awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Perlu lebih responsif, segerakan PICK - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/06/2021
08:21 MYT
Vaksin COVID-19: Perlu lebih responsif, segerakan PICK - Pakar
Majoriti rakyat Malaysia bukan tidak mahu menerima vaksin, sebaliknya mahu tindakan yang lebih responsif dilaksanakan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) perlu lebih responsif dalam memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar dan menerima vaksin.
Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpandangan, majoriti rakyat Malaysia bukan tidak mahu menerima vaksin, sebaliknya mahu tindakan yang lebih responsif dilaksanakan.
"Walaupun daftar awal, tiada maklum balas sehingga sekarang. Kemudian ada yang cakap kepada kawan-kawan, tak perlu daftar sebab yang sudah daftar awal masih tiada maklum balas.
"Apabila perkara ini jadi buah mulut dan ditularkan, ia sedikit sebanyak mempengaruhi individu lain.
"Tapi ia berbeza apabila pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka kepada umum, yang mana dalam tempoh tiga jam (fasa pertama) dan satu jam pada fasa kedua, ia telah penuh ditempah.
"Jadi, situasi ini menyebabkan saya rasa majoriti antara kita ingin melihat respons," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Vaksinasi COVID-19 anjuran UPM yang berlangsung secara maya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Malina berkata antara faktor lain yang mungkin mempengaruhi pendaftaran vaksin adalah kurangnya pemahaman terhadap aplikasi MySejahtera.
"Ia sama seperti pendaftaran (vaksin) melalui MySejahtera, di mana respons yang diberi sangat perlahan dan perlu berulang kali dikemas kini.
"Bagi sesetengah individu yang tidak biasa dengan sistem, mereka tidak tahu apa yang berlaku, sekali gus merasakan tiada respons kepada mereka.
"Pendapat saya, ramai orang mahukan vaksin, tetapi disebabkan pelbagai masalah seperti sistem, mereka menunggu untuk melakukan pendaftaran," katanya.
Justeru, dari sudut kesihatan awam, beliau berpandangan adalah amat wajar untuk kerajaan melakukan pendaftaran vaksin secara automatik.
Pada masa sama, beliau menyambut baik usaha kerajaan mempercepatkan proses vaksinansi menerusi tambahan perolehan vaksin dan menambah jumlah pusat pemberian vaksin (PPV).
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pusat Pemberian Vaksin
#MySejahtera
#COVID-19
#AstraZeneca
#PPV
#Dr Malina Osman
#UPM
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan