Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Februari 2026.
Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa dalam kes pembunuhan kejam melibatkan penemuan rangka manusia di Kangkar Pulai, tahun lalu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa penentuan jajaran sempadan antara Malaysia dan Indonesia tidak bersandarkan prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi seperti yang didakwa.
4. 12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
4. 12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
Seramai 12 penyokong Selangor FC dihadapkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan memiliki dan menyalahgunakan dadah pada Ahad lalu.
5. Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
5. Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Mahkamah Syariah di negeri ini mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
6. Pengimportan e-waste diharamkan - Azam Baki
6. Pengimportan e-waste diharamkan - Azam Baki
Kerajaan mengklasifikasikan pengimportan sisa elektronik atau e-waste di bawah kategori Larangan Mutlak melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, yang berkuat kuasa mulai hari ini (Rabu, 4 Feb).
Liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di seluruh negara mencapai 99.71 peratus setakat 31 Dis 2025, berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Pelaksanaan saringan kesihatan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi di semua pintu masuk antarabangsa adalah langkah pencegahan bagi mengelak penularan virus Nipah di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


