MALAYSIA

Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 421,479, tertinggi pernah direkodkan

Afiezy Azaman 13/07/2021 | 00:58 MYT
Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui perkongsian data JKJAV di laman media sosial Twitter. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi apabila mencatatkan pemberian 421,479 dos, pada 12 Julai.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui perkongsian data Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) di laman media sosial Twitter.

Menurut data tersebut, pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.





#Twitter #media sosial #COVID-19 #vaksin #suntikan #dos pertama #dos kedua #bekalan vaksin #Datuk Seri Dr Adham Baba #Menteri Kesihatan