awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/02/2021
10:37 MYT
Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy
KHAIRY: Pasukan saya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Malah, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata wakil rakyat juga disaran mengambil vaksin secara berperingkat.
"Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.
"Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Tidak bagus," katanya menerusi Twitter beliau.
To be clear, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh. Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Not good. https://t.co/HOdttUVwZ6
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 28, 2021
Sebelum ini timbul isu melibatkan beberapa pemimpin politik peringkat negeri sama ada bergelar wakil rakyat ataupun tidak telah menerima vaksin COVID-19.
Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata beliau memandang serius isu memotong giliran senarai penerima vaksin.
Beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar isu itu ditangani dan tidak berulang lagi.
"Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara 'anonymous' (tanpa nama) terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat.
"Pasukan saya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin.
"Kami memandang serius semua pendedahan," katanya di Twitter.
Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan queue. Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat. https://t.co/HChBkQ8owK
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 28, 2021
Beliau bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong yang berada dalam jawatankuasa khas akan menyiasat laporan atau aduan yang dikemukakan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#vaksin
#media sosial
#rakyat
#politik
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan