KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan strategi mobilisasi komuniti supaya seluruh rakyat, sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar, mengetahui maklumat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kepentingan mengambil vaksin.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata dengan penyebaran maklumat yang semakin meluas, strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
"Jurang kepercayaan (mengenai vaksin) memang agak melebar terhadap kerajaan dan juga agensi kerajaan. Keyakinan itu tergugat dalam kalangan komuniti. Kita pun berbincang dengan kerajaan, mereka perlu lakukan mobilisasi komuniti.
"Kita harap kerajaan, selain menggunakan agensi kerajaan yang sedia ada, menggunakan juga badan bukan kerajaan dan entiti swasta supaya capaian maklumat itu lebih cepat kerana dengan adanya entiti swasta ini, kita dapat tingkatkan capaian sehingga dua kali ganda," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Kerajaan Prihatin Rakyat Terbela' semalam.
Dr Zainal berkata memandangkan Malaysia telah dan sedang memperoleh vaksin, kerajaan perlu meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memberi sedikit kelonggaran berhubung sekatan sedia ada sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam pada itu, mengambil contoh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pakar geostrategi Profesor Dr Azmi Hassan berpendapat Ahli Parlimen, tidak kira daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, perlu memberi sokongan terhadap usaha tersebut.
Beliau berkata ini bukan masanya untuk berpolitik kerana isu kesihatan rakyat dan situasi ekonomi negara harus diutamakan.
"Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memerlukan perhatian seratus peratus. MP (Ahli Parlimen) perlu sokong (program itu) untuk memberi kebaikan kepada negara.
"Jadi, berilah sokongan kepada PM, tak kira dari parti mana... yang penting, beliau (Muhyiddin) mentadbir urus tanpa gangguan (politik)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Dr Zainal berkata memandangkan Malaysia telah dan sedang memperoleh vaksin, kerajaan perlu meneliti semula SOP bagi memberi sedikit kelonggaran berhubung sekatan sedia ada. - Gambar hiasan

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899423/6271740461618209559108_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar
Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula esok
Pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

#SayaDigital pacu literasi digital dalam kalangan rakyat

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.

395,891 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam - Dr Adham
Bagi tempoh sama 583,903 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 979,794.

COVID-19: Peniaga siap sedia buka kembali perniagaan di UK
Sektor runcit tidak penting di England kini sedang bersiap sedia untuk dibuka setelah berbulan-bulan tidak dibenar berbuat demikian akibat arahan sekatan COVID-19.

COVID-19: Hampir 40 juta dos vaksin disuntik di UK
Data juga menunjukkan, UK mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 dengan 1,730 kes positif pada Ahad, berbanding 2,589 pada hari sebelumnya.

Thailand promosikan Phuket sebagai lokasi selam skuba
'Projek Selamatkan Laut - Phuket' dianjurkan bagi mempromosikan pelancongan mampan dan mewujudkan kesedaran dalam penjagaan marin.

Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.

385,251 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham
Seramai 385,251 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Olimpik Tokyo 2020: Sukarelawan jalani sesi latihan secara maya
Ini membuktikan pihak penganjur tidak mengambil ringan dengan situasi pandemik ketika ini dan tetap mencari alternatif terbaik dalam memastikan keselamatan semua pihak.

COVID-19: Kes meningkat, India berhadapan kekurangan bekalan vaksin
Pihak berkuasa di New Delhi dan di negeri Punjab serta Rajasthan pada Sabtu berkata, mereka tidak dapat meneruskan vaksinasi melainkan bekalan vaksin mencukupi.

Kes COVID-19 terus meningkat di Thailand, vaksin tambahan 1 juta dos tiba
Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 31, 658 dan 97 kematian.