KUALA LUMPUR:Perjanjian Malaysia-China dalam pembekalan vaksin COVID-19 akan menjadi pemangkin kepada perluasan kerjasama dan kolaborasi saintifik antara kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka Baginda mengalu-alukan komitmen yang telah diberikan Kerajaan China kepada Malaysia, untuk disenaraikan sebagai negara penerima utama vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan oleh negara itu.
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar keakraban, kerjasama dua hala di pelbagai sektor dan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974 ini dapat diperkukuh dan dipertingkat lagi demi kepentingan dan kesejahteraan ekonomi bersama," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian di Istana Negara bagi majlis perpisahan duta tersebut.
Komitmen China kepada Malaysia untuk disenaraikan sebagai penerima utama vaksin itu hasil persetujuan dicapai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya Wang Yi dalam perjumpaan yang telah diadakan pada 13 Okt lepas. Pemeteraian perjanjian secara maya membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya Wang Zhigang berlangsung pada 18 Nov.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita kerana kedua-dua negara masih mencatatkan pertumbuhan positif dari aspek jumlah perdagangan walaupun perdagangan di peringkat global terkesan akibat ancaman wabak COVID19.
"Ini menggambarkan kemampanan dan daya tahan ekonomi Malaysia dan China yang boleh menjadi pelengkap kepada kedua-dua negara," titah Seri Paduka.
Sementara itu, Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Bai Tian sepanjang perkhidmatan selama tiga tahun di Malaysia, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih komprehensif.
"Seri Paduka Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bai Tian atas usaha beliau dan khususnya kepada Presiden China Xi Jinping di atas bantuan dan sumbangan berterusan yang telah dihulurkan kepada Malaysia sejak mula menghadapi penularan COVID-19 awal tahun ini," katanya.
Bai Tian secara rasmi mula berkhidmat sebagai Duta Besar China ke Malaysia pada 28 Nov 2017 dan bakal menamatkan penempatannya di negara ini pada 27 Nov 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Seri Paduka Baginda mengalu-alukan komitmen yang telah diberikan Kerajaan China kepada Malaysia. - Gambar fail

Lelaki mengaku tidak sengaja bunuh ibu kandung
Seorang pekerja syarikat pembersihan mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 64 tahun pada Mei tahun lalu.

Bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun memaksa banyak perubahan dilakukan untuk meneruskan kehidupan dan tugasan seharian. Namun, dengan bantuan teknologi, komunikasi dan kerjasama yang padu, WFH tidak menganggu kelancaran siaran buletin Astro AWANI. Tonton video ini.

Industri Sawit | Paling terdedah kekurangan buruh
Menurut Felow Pelawat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Prof. Dr Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, pengurangan itu akan menyebabkan pengeluaran menurun hampir separuh serta berdepan pengurangan sebanyak 80 peratus yang akan menyebabkan keruntuhan sistem.

Politik | Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Perak menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan nombor satu parti itu.

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Kain Rentang | Desak Ahmad Zahid letak jawatan, laporan polis dibuat
UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

PKP 2.0 | Polis Terengganu kesan 12 laluan tikus
Polis Terengganu ketatkan kawalan dan rondaan di laluan tikus bagi menghalang pergerakan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh PKP 2.0. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata sebanyak 12 laluan tikus dikenal pasti di daerah Besut dan Kemaman.

LPT2 | Pengguna harap pengurusan tingkat tahap keselamatan
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 meminta pihak pengurusan lebuh raya berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kerosakan pagar keselamatan di yang menyebabkan haiwan ternakan bebas memasuki lebuh raya itu sehingga membahayakan keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.

Jenayah | PGA rampas ketum lebih 1 tan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup lebih satu tan daun ketum bernilai RM33,390 ke negara jiran. Menurut Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, rampasan itu hasil operasi berasingan di Padang Besar dan Kuala Perlis.

TERKINI: Pemuda UMNO Perak teguh bersama Presiden

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Azwan Ali under probe for allegedly mocking emergency proclamation - Bukit Aman
Police are investigating a video clip of famous personality Azwan Ali allegedly mocking the Proclamation of Emergency by the Yang di-Pertuan Agong.

Perlekeh darurat: Bukit Aman sahkan panggil Azwan Ali untuk bantu siasatan
Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru baru ini.

Anwar beri bayangan kesediaan Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang bekerjasama
Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia bekerjasama membentuk pentadbiran lebih stabil.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Tubuh jawatankuasa khas bagi menggantikan sidang Parlimen - Prof Shamrahayu
Tiada sebarang keperluan untuk mengadakan sidang parlimen khas sekiranya matlamatnya adalah untuk proses semak dan imbang berkaitan tindakan kerajaan.