awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2021
07:13 MYT
Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa semua perolehan vaksin tertakluk kepada kelulusan NPRA sebelum digunakan untuk Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Foto - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan.
“Vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd,” jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi Twitter pada Jumaat.
Tambah beliau, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac.
In addition to our supply of Pfizer vaccines, our first supplies of Sinovac vaccines will arrive on 27 February. The vaccines will be delivered in bulk for fill and finish by @pharmaniaga_bhd. NPRA is currently reviewing Sinovacs regulatory submission. #LindungDiriLindungSemua
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 19, 2021
Sebelum ini, Khairy turut memaklumkan bahawa semua perolehan vaksin, termasuk Sinovac, tertakluk kepada kelulusan NPRA sebelum digunakan untuk Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pada 13 Januari lalu, Pharmaniaga mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.
Susulan itu, syarikat tersebut dilaporkan dalam proses perbincangan dengan NPRA untuk mendaftarkan vaksin berkenaan sebelum ia mula dibotolkan pada Februari dan dijangka diedarkan pada akhir Mac.
Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.
Hasil ujian klinikal di Brazil mendapati keputusan 50.4 peratus kadar keberkesanan.
Kerajaan Hong Kong semalam meluluskan penggunaan vaksin Sinovac untuk tujuan kecemasan bagi penduduk di hab kewangan itu.
Semua berita vaksin COVID-19
Semua berita vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#vaksin
#China
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#Khairy Jamaluddin
#Sinovac
#vaccine
#COVID-19
#NPRA
#KKM
#Pfizer
#Brazil
#Indonesia
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan