KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi Top Glove Tan Sri Lim Wee Chai juga menyifatkan perniagaan itu kekal kukuh dalam jangka panjang manakala potensi saham-saham syarikat itu bergantung kepada pendapatan dan prestasinya.
"Harga saham syarikat telah mencatat prestasi yang baik sejak 11 bulan lepas. Hanya baru-baru ini kami berdepan cabaran dan berharap ia bersifat sementara agar keadaan dapat kembali kepada sebelumnya.
"Dari segi perkembangan vaksin COVID-19, sarung tangan pemeriksaan ini diperlukan bagi tujuan suntikan vaksin tersebut.
"Oleh itu, dunia perlu menghasilkan tujuh bilion vaksin yang pastinya memerlukan tujuh bilion pasang sarung tangan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini.
Di sebalik jangkaan peningkatan permintaan, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu terpaksa bertindak menutup beberapa kilangnya berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerjanya.
Malah, sejumlah 20 kilang syarikat itu ditutup sementara manakala lapan lagi masih beroperasi yang menyebabkan pengeluarannya berkurangan sebanyak 10-20 peratus.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan sebelum ini mendakwa ini keadaan itu disebabkan oleh persekitaran asrama pekerja yang teruk, namun disangkal oleh Lim.
"Kami mengalu-alukan beliau untuk berkunjung semula ke sini. Ini kerana, sejak kunjungan beliau sebelum ini, keadaan (penginapan) pekerja telah dipertingkatkan apabila kami menambah peruntukan untuk penambahbaikan kemudahan itu dengan cepat.
"Oleh itu, kami amat terkejut dengan komen sedemikian. Kami perlu jelaskan dengan kementerian bagi mengenal pasti ruang yang memerlukan perhatian serta cara untuk mengatasinya," katanya.
Ditanya sama ada bilangan kes jangkitan yang tinggi itu turut menyebabkan sarung tangan tercemar, Lim berkata itu sukar berlaku berikutan persekitaran kilang dengan suhu antara 30-40 darjah Celsius.
"Suhu dalam ketuhar sahaja adalah sekitar 110 darjah Celsius dan virus COVID-19 tidak dapat bertahan dalam keadaan panas. Dari segi pembungkusan sarung tangan, para pekerja kami dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri dan tiada sentuhan langsung dengan sarung tangan.
"Apabila bungkusan ini dihantar menerusi kontena, suhunya juga panas iaitu lebih 40 darjah Celsius dan penghantaran menerusi kapal ke Eropah dan negara-negara lain memakan masa selama sebulan. Sudah pasti tidak berlaku sebarang pencemaran," katanya.
Saham-saham Top Glove terus susut susulan laporan yang mengesahkan bahawa 20 kilang di Klang, Selangor, akan ditutup sementara susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja.
Malah, harga saham pengeluar sarung tangan itu merosot kira-kira 30 peratus sejak awal November lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu terpaksa bertindak menutup beberapa kilangnya berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. - Gambar fail REUTERS

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Isu PdPR | Sediakan kupon subsidi beli laptop - Shahril Hamdan
Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian laptop bagi membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, kupon subsidi itu boleh diberikan sebanyak 1,000 ringgit kepada golongan B40 serta 500 ringgit kepada golongan M40.

Sumbangan NGO | Pelajar IPT bantu penduduk terjejas COVID-19
Pelbagai usaha dan bantuan disalurkan kepada orang ramai yang terjejas berikutan pandemik COVID-19. Antara NGO terlibat Youth of Strength & Happiness (YOSH) yang telah tampil menyumbang bantuan kepada lebih 100 penduduk di Teluk Suayon Lahad Datu.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

TERKINI: Anwar fail permohonan semakan kehakiman

AWANI Ringkas: KSN jalani kuarantin kendiri sehingga 31 Jan | Pastikan pendapatan naik selari pemulihan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Top Glove tawar 9,000 kerja untuk rakyat Malaysia tahun ini
Top Glove tawar 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini.

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Pengawal keselamatan Top Glove berada pada tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital - KKM
Lelaki warga Nepal berkenaan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi paru-paru kesan jangkitan COVID-19.

Keuntungan saham perbankan, Top Glove lonjakkan bursa untuk ditutup tinggi
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39.

Top Glove dijangka buka semula operasi kilang di Klang dalam masa dua hingga tiga minggu
Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Top Glove catat untung bersih RM2.38 bilion pada suku pertama
Top Glove sekali lagi catat prestasi kewangan bersejarah apabila keuntungan bersihnya mencecah paras tertinggi bagi suku pertama berakhir 30 Nov, 2020.

Bursa Malaysia pulih daripada kerugian minggu lepas, dibuka tinggi pagi ini
Para peniaga berkata, prestasi yang ditunjukkan oleh bursa ini didorong oleh persekitaran luar yang positif serta kembalinya kegiatan membeli ketika harga murah di pasaran tempatan.

Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini
Saringan akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.

Kerajaan nafi ada perjanjian rahsia dengan Top Glove
Pekerja hanya akan dibenarkan bekerja apabila saringan kedua menunjukkan keputusan negatif.