awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi COVID-19 di Perak makin kurang sambutan - Menteri Besar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/09/2021
22:46 MYT
Vaksinasi COVID-19 di Perak makin kurang sambutan - Menteri Besar
Saarani (tengah) menyerahkan sumbangan kotak makanan kepada Jawatankuasa Pembangunan Kampung Kota Tampan Air Abdul Manan Abdul Syukor (kanan) pada majlis di Dewan Serbaguna Kota Tampan Lenggong, 24 Sept, 2021. --fotoBERNAMA
LENGGONG: Program vaksinasi COVID-19 di Perak semakin kurang mendapat sambutan sejak kebelakangan ini dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) semakin lengang.
Jumlah harian yang mendapatkan suntikan vaksin ketika ini hanya sekitar 20,000, berbanding bilangan yang pernah dicatatkan lebih 30,000 sebelum ini.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, kekurangan itu mungkin disebabkan anggaran Jabatan Perangkaan mengenai bilangan penduduk negeri itu jauh lebih besar daripada jumlah sebenar.
"Ada sebahagian yang kita kesan, dia orang Perak tetapi dia ambil vaksin di Selangor, dia ambil vaksin di Kuala Lumpur, dia ambil vaksin di Penang, jadi bila kita panggil, tak ada.
"Dan kita membuat persiapan sewajarnya berasaskan kepada statistik awal oleh Jabatan Perangkaan yang mengatakan sekian ramai rakyat Perak yang perlu divaksin.
"Jadi, kita menyediakan PPV berasaskan kepada angka itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan ‘One-off’ Penjaja Majlis Daerah Lenggong di Dewan Serbaguna Kota Tampan di sini semalam.
Menurut Saarani, kerajaan negeri akan membuat penilaian semula kerana ia sedikit sebanyak mengganggu petugas perubatan di PPV yang mempunyai tugas hakiki di hospital atau klinik.
Sehubungan itu, kerajaan negeri akan memberi tempoh sehingga 31 Oktober untuk orang ramai mendapatkan vaksin sebelum PPV ditutup.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menunggu saat-saat akhir sebelum tarikh itu untuk mendapatkan suntikan vaksin mereka.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi kurang sambutan
#PPV lengang
#vaksin COVID-19 Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan