awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan - Kementerian Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
09:34 MYT
Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan - Kementerian Kesihatan
Golongan remaja di Malaysia akan terima vaksin apabila vaksinasi lengkap populasi dewasa di setiap negeri capai 80 peratus ke atas. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan apabila vaksinasi lengkap populasi dewasa di setiap negeri mencapai 80 peratus dan ke atas, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu, KKM mengeluarkan kenyataan itu susulan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan memberi vaksin kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun serta remaja 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid.
Vaksinasi remaja akan diperluas apabila liputan vaksinasi lengkap populasi dewasa di setiap negeri mencapai 80% dan ke atas. pic.twitter.com/QZdBwTRfIS
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 8, 2021
Menurut laporan sebelum ini, remaja di negeri tersebut akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer secara berperingkat bermula pada 8 September 2021.
Vaksinasi bagi remaja 12 hingga 15 tahun yang sihat di Sarawak pula dijadualkan bermula pada penghujung September 2021.
Begitupun, ia bergantung kepada stok bekalan yang akan diterima negeri tersebut.
Berdasarkan situasi terbaharu itu, Sarawak menyasarkan remaja 16 dan 17 tahun di negeri itu lengkap divaksinasi sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober nanti.
Vaksin Remaja | 289,200 remaja di Sarawak divaksin secara berperingkat
Astro AWANI pada Rabu melaporkan, Sarawak mensasarkan program vaksinasi remaja di negeri itu akan selesai sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 3 Oktober depan.
Mengulas perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia selari dengan program vaksinasi yang dijalankan serentak di enam bahagian di negeri itu bermula hari ini.
Sasaran itu katanya dipecahkan kepada dua peringkat umur.
Vaksin Remaja | Vaksinasi untuk golongan remaja
“Sasaran vaksinasi remaja sekolah berumur 16-17 tahun akan lengkap divaksin sebelum sesi sekolah bermula pada 3 Oktober 2021.
“Kita pun sasarkan untuk remaja 12 hingga 15 tahun dijangka selesai pada minggu keempat Oktober kira-kira antara 22 hingga 26 Oktober untuk dos lengkap,” katanya.
Topic Berkaitan
#vaksinasi remaja
#Sarawak
#KKM
#sekolah
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan