KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi di Malaysia kini sudah melepasi 80 peratus, malah kini menuju ke 90 peratus yang mungkin boleh dicapai dalam masa beberapa minggu lagi.
Meskipun terdapat banyak cerita bukan-bukan - berita palsu selalunya - berkaitan vaksin, keyakinan rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksin masih berada di tahap tertinggi.
Terbaharu, pemberian vaksinasi kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam, Integrasi dan sekolah pula dimulakan, bermula Khamis.
Di Lembah Klang, PPV Axiata Arena di Bukit Jalil antara yang menjadi tumpuan dan tinjauan Astro AWANI mendapati, ratusan remaja dilihat mula hadir ke PPV tersebut untuk janji temu mereka.
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.
Difahamkan, PPV tersebut menerima kira-kira 5,000 remaja dalam satu hari dan dengan kapasitinya yang mampu memuatkan 10,000 penerima vaksin, semuanya kelihatan sangat teratur.
Beberapa remaja ditemui mengakui sedikit gementar, ada juga yang takut jarum namun selepas selesai divaksin, mereka berasa sangat lega kerana ia tidaklah ‘menakutkan’ seperti yang mereka bayangkan.
Tiga beradik ini, Nur Julyea Arissa Ahmad Zamri, 16, dan kembarnya, Aris Zamir Ahmad Zamri serta kakaknya, Nur Jasmien Amani Ahmad Zamri, 18, antara ribuan remaja yang hadir ke PPV tersebut untuk mendapatkan suntikan dos pertama.
Datang ‘cucuk vaksin’ bersama ahli keluarga, ia sedikit sebanyak mengurangkan gundah-gulana di hati.
“Rasa seronok jugalah sebab ada orang temankan. Sekurang-kurangnya bila ada mereka, baik jugalah sebab ada orang teman ni. Saya macam takut sikit nak pergi seorang diri.
“Jadi, bila ada adik-adik, adalah peneman. Rasa gembira juga sebab ada orang temankan. Saya gembira sebab semua kawan-kawan dah dapat, mereka dah cukup 18 tahun.
“Jadi saya ambil inisiatif untuk walk-in sebab kalau nak tunggu memang lambat lagi. Rasa gembira sebab dah dapat walaupun dos pertama,” kata Nur Jasmien Amani.
Adiknya, Nur Julyea Arissa turut gembira meskipun pada awalnya sedikit risau.
“Mula-mula takut sebab takut jarum tapi sebenarnya, pada awalnya tak takut pun tapi bila tengok video dalam Tik Tok, orang cucuk kasar-kasar, jadi takut juga.
“Selepas itu, bila dah dapat, sebenarnya tak sakit pun sebab doktor sangat baik, buatpun dengan lembut,” ujarnya.
Seorang lagi penerima vaksin, Muhammad Syahmi Akmal Johansyah, 16, turut meluahkan perasaan gembira malah dia berasa seronok selepas menerima vaksin.
“Rasa gelisah, takut ada dan masa cucuk, memang ada rasa sakit sedikit tapi lepas masuk vaksin tu tak rasa apa dah. Rasa takut, gementar itu sampai sekarang ada lagi tapi Insya-Allah, tiada apa-apalah,” katanya.
Sementara ibunya, Nurilah Jalil, 46, bersyukur melihat anak keduanya daripada tiga beradik itu selesai menerima vaksin.
“Saya bersyukur sebab kita hidup dengan virus ini, jadi baguslah untuk pelajar-pelajar sekolah ini ambil vaksin untuk lindung diri mereka juga.
“Kalau tak ambil, nak benarkan mereka ke sekolah pun takut juga. Rasa tak yakin jugalah, takut dia tiada vaksin tapi anak orang lain ada. Macam itulah perasaan seorang ibu,” ujarnya.
Setakat jam 6.30 pagi tadi, data portal COVIDNOW menunjukkan, seramai 579,204 orang atau 18.4 peratus remaja sudah menerima satu dos vaksin.
Baki lebih 2.5 juta remaja atau 80.9 peratus belum lagi menerima suntikan vaksinasi dan bagi remaja di luar sana, ini nasihat rakan sebaya anda.
Nasihat Nur Julyea Arissa:
“Jangan tak ambil sebab ini melibatkan keluarga anda dan juga yang lain sebab ramai telah menderita, kehilangan orang tersayang. Jangan penting diri, ambil saja vaksin.”
Pesanan Muhammad Syahmi Akmal:
“Jangan takut, vaksin ini untuk kepentingan diri kita, orang lain dan keluarga kita. Jadi untuk mereka di luar sana, jangan takut, ambil saja. Ikut diri sendiri sahaja, jangan ikut kata orang."
Kata Nur Jasmien Amani:
“Seronok kalau anda dah ambil vaksin, dah boleh ‘dine-in’ dengan kawan-kawan. Banyak manfaat bila ambil vaksin ini. Tiada mikrocip atau zombi semua itu. So, ‘good luck’ untuk anda yang ambil vaksin."
Ridauddin Daud
Fri Sep 24 2021
Nur Julyea Arissa (kiri) dan kembarnya, Aris Zamir Ahmad Zamri serta kakaknya, Nur Jasmien Amani antara ribuan remaja yang hadir ke PPV tersebut untuk mendapatkan suntikan dos pertama. - Gambar/ Astro AWANI
Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah
Dalam masa sama, 1,456 aset disediakan oleh agensi terbabit termasuk 16 logistik udara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan hingga awal tahun depan.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
KKR siap siaga hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Maslan
Pasukan Gerak Kerja bencana negeri telah diarah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan jaringan perhubungan jalan raya tidak terjejas susulan banjir.
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri
Hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin
Seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.
COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin
Sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi.
PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.
Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.
MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.
Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.
Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.