PUTRAJAYA: Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan seperti ketetapan Seksyen 119(2) di bawah Akta 333.
"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk ke Malaysia.
"(Penguatkuasaan VEP) membolehkan kita mengesan kenderaan asing yang masuk dan keluar dari Malaysia serta jika ada saman (mereka) perlu selesaikan sebelum mereka keluar," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Loke berkata sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan (MOT) melaksanakan pendaftaran VEP kepada pemilik kenderaan asing yang merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Bangunan Sultan Abu Bakar di Johor.
"Sebenarnya (pendaftaran) VEP telah dilaksana sejak 2019 tetapi kita tidak kuatkuasakan, sistem sudah ada dan pendaftaran telah dimulakan.
"Berdasarkan rekod semasa, hanya terdapat sekitar 70,000 kenderaan pendaftaran Singapura yang berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang telah berdaftar namun masih belum melengkapkan proses memasang serta mengaktifkan tag VEP masing-masing," katanya.
Sehubungan itu, Loke meminta pemilik kenderaan asing menggunakan tempoh masa yang ada untuk memperbaharu VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan pendaftaran bagi mendapatkan permit.
"MOT berharap agar pemilik kenderaan asing segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag Radio Frequency Identification (RFID) VEP untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa masuk dan keluar dari Malaysia," katanya.
Beliau berkata proses pendaftaran VEP kini telah dipermudah dengan tag RFID VEP itu akan dihantar kepada pemilik kenderaan asing di alamat masing-masing.
"Tag RFID VEP dihantar ke alamat dan mereka (pemilik kenderaan asing) boleh pasang sendiri," katanya sambil menambah harga RFID VEP ialah RM10 untuk tempoh lima tahun.
Sementara itu, Loke berkata kerajaan berhasrat memperluas peraturan caj jalan (RC) serta VEP fasa dua di sempadan darat Malaysia-Thailand.
Sehubungan itu, MOT mempelawa mana-mana pihak berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan cadangan bagi membangun serta mengoperasi sistem itu bagi pihak JPJ.
"Bagi menilai kebolehlaksanaan dan kaedah pelaksanaan yang lebih kompetitif, tiada sebarang suntikan perbelanjaan kerajaan akan dikeluarkan oleh MOT bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian sistem berkenaan.
"Sebaliknya, semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang berminat. Pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan mengenai model-model perniagaan yang akan dipertimbangkan selanjutnya di dalam tawaran pihak syarikat," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak yang berkelayakan dan telah mengemukakan cadangan yang kompetitif akan dilantik serta diberi kuasa oleh MOT bagi melaksanakan fungsi pengurusan pendaftaran VEP dan kutipan caj RC bagi pihak Pegawai Pengangkutan Jalan untuk suatu tempoh yang akan ditetap serta diluluskan kemudian.
Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari https://bit.lyRCVEPMsiaThailand dan sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada [email protected] serta [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333). -Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.