awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ

Bernama
Bernama
09/03/2024
21:00 MYT
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Nizam berkata beliau yakin kerajaan akan sentiasa melihat keperluan golongan veteran ATM dan berusaha menyelesai segala isu berkaitan termasuk isu pencen. - Foto Facebook/NizamAbTitingan
TAWAU: Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dengan 22 rumah akan dibina untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sekiranya terdapat veteran tentera yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah kerana mereka dikategorikan sebagai senarai eKasih atau di bawah kategori B40, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada wakil rakyat di setiap kawasan.
"Sekiranya mereka layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan boleh mendapatkan rumah SMJ yang diperkenal oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuatat Agung Tahunan ke-33 Persatuan Veteran ATM ( PVATM) Cawangan Tawau di Dewan KD Sri Tawau di sini pada Sabtu.
Nizam yang juga Penaung PVATM Cawangan Tawau dalam pada itu berkata beliau yakin kerajaan akan sentiasa melihat keperluan golongan veteran ATM dan berusaha menyelesai segala isu berkaitan termasuk isu pencen.
Beliau berkata tahun ini sahaja sebanyak RM244 juta peruntukkan disalurkan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan khusus bagi membantu dan membela nasib golongan veteran ATM yang berdepan kos sara hidup mencabar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Rumah Mesra Sabah Maju Jaya
#SMJ
#Nizam Abu Bakar Titingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan