Polis telah mengenal pasti dua wakil militan Daish (IS) yang dilaporkan mengancam untuk membalas dendam dengan melancarkan serangan di negara ini.
Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata dua individu warganegara Malaysia itu adalah Abdul Halid Dari dan Mohd Nizam.
"Dalam video itu (ada) dua orang sahaja. Memang kita sudah kenal pasti.
"Seorang itu berasal dari Kedah, Abdul Halid dan seorang lagi Mohd Nizam, itu yang keluar selalu dalam media," katanya ketika ditemui media pada Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan di sini hari ini.
Bagaimanapun, jelas Ayub, kedua-dua individu itu kini berada di Syria.
Malah, beliau turut mengakui militan Daish kini telah mempunyai jaringan secara langsung dengan kumpulan militan di Syria selain lebih terancang dalam membuat serangan.
"Memang (mereka) sudah ada hubungan. Malah, yang kita tangkap lapan orang (sebelum ini) memang ada hubungan dengan rakyat Malaysia di sana (Syria).
"Ini bukan sesuatu benda yang baru. Memang dari awal juga, dari Jemaah Islamiah (JI) dulu memang ada jaringan antrara serantau dan global," katanya.
Hingga kini, Ayub yakin tindakan kumpulan pengganas ini hanya di peringkat perancangan dan belum memasuki peringkat implimentasi.
Memetik laporan The Star, menerusi rakaman video yang disiarkan dalam dalam Bahasa Malaysia, unit militan Daish Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.
Bertajuk "Mesej Awam Kepada Malaysia" video yang memberi amaran: "Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkatkan bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.
"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daish (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.
"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah."
Selain itu terdapat satu lagi video yang menyeru 'saudara' Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.
Dalam video yang berdurasi lebih seminit itu, militan Katibah berkenaan yang fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia menggesa rakan mereka dalam Al-Shabaab untuk menyertai IS dan jihad mereka.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Mon Jan 25 2016

AYUB: Memang (mereka) sudah ada hubungan. Malah, yang kita tangkap lapan orang (sebelum ini) memang ada hubungan dengan rakyat Malaysia di sana (Syria). - Gambar Fail

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 19 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS
Kerajaa Sarawak meluluskan dana RM81 juta bagi meningkatkan fasiliti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

COVID-19: Kluster Jalan Masjid antara 9 kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

PKP di seluruh negara, ini lima fokus sidang media Ismail Sabri pada Selasa
PKP dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

COVID-19: 118 pekerja Pasar Borong KL positif COVID-19
Setakat ini, Pasar Borong KL ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33868543831611051788929/1886261_36721284891611051984026_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan empat belas lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Inisiatif NEKMAT | Jual hasil laut lebih murah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

COVID-19: Petugas barisan hadapan, jangan putus harapan - YDP Agong
Seri Paduka Baginda memahami cabaran besar yang diharungi dan amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan golongan ini demi membendung wabak COVID-19.

Video ancaman: Polis kenal pasti dua militan Daish warga Malaysia
Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata dua individu warganegara Malaysia itu adalah Abdul Halid Dari dan Mohd Nizam.