KUALA LUMPUR:Sebuah video berdurasi empat minit mula menjadi perbualan selepas ia dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

"Petugas barisan hadapan kita telah bertungkus-lumus bertugas tanpa henti setiap masa setiap hari sejak Disember 2019.

"Kini genap setahun mereka telah bertugas tanpa henti demi menjaga kesihatan & keselamatan rakyat Malaysia," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter pada Khamis.

Mengisahkan kesiapsiagaan pasukan barisan hadapan Malaysia menghadapi gelombang ketiga penularan COVID-19, video ini baru dimuat naik pada Rabu turut menampilkan lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir.