DUNIA
Budak 8 tahun 'dibesarkan' anjing, hanya tahu menyalak

'Boy A' hanya tahu berkomunikasi dengan menyalak dan tidak pernah dihantar ke sekolah. -Foto Gempak
LAPLAE: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hidup sebatang kara berjaya diselamatkan dari sebuah rumah daif di daerah Laplae, Thailand.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang tinggal bersama enam ekor anjing tanpa pengawasan orang dewasa selama lebih dua tahun di Laplae, Thailand, berjaya diselamatkan.
- Kanak-kanak itu hanya tahu berkomunikasi dengan menyalak dan tidak pernah dihantar ke sekolah, sementara ibu dan abangnya diuji positif dadah dan sedang menjalani pemulihan.
- Boy A kini ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak untuk menerima penjagaan dan pendidikan, dan kes ini mencetuskan kebimbangan awam mengenai pengabaian kanak-kanak serta penyalahgunaan subsidi kerajaan.
Difahamkan, ibunya yang merupakan penagih dadah menerima subsidi pendidikan sebanyak 400 baht daripada kerajaan, namun tidak pernah menghantar anaknya ke sekolah.
“Dia tidak bercakap, hanya menyalak. Keadaannya amat menyayat hati,” kata Presiden Yayasan, Datuk Pawina Hongsakul, yang mengetuai operasi menyelamat pada 30 Jun lalu.
Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa ibu dan abang kanak-kanak tersebut telah diuji positif dadah dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.
Boy A telah dipindahkan ke pusat perlindungan kanak-kanak di Uttaradit untuk menerima penjagaan dan pendidikan yang sewajarnya.
Yayasan Pawina Hongsakul akan terus memantau perkembangan kanak-kanak tersebut bagi memastikan dia mendapat peluang kehidupan yang lebih baik serta sokongan jangka panjang.
Kes ini telah mencetuskan kebimbangan awam mengenai penyalahgunaan subsidi kerajaan dan pengabaian kanak-kanak, sekali gus menyeru tindakan lebih tegas terhadap keluarga yang gagal melaksanakan tanggungjawab asas terhadap anak-anak mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami