awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: PDRM perlu guna khidmat pakar untuk lakukan analisa kandungan - IGP

Fareez Azman
Fareez Azman
25/09/2019
08:06 MYT
Video intim: PDRM perlu guna khidmat pakar untuk lakukan analisa kandungan - IGP
PDRM, kata Abdul Hamid, memerlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan seperti yang tular di media sosial beberapa bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, tindakan itu seiring dengan arahan yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara agar mendapatkan pandangan daripada dua pihak yang berkepakaran dalam bidang terbabit.
"Kita nak jalankan siasatan tinggi sudut teknikalnya. Saya tidak boleh berikan pandangan peribadi, keputusan hasil siasatan yang diberikan satu pihak tetapi kita terus mendapat arahan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan kedua dan ketiga yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.
"Kita tidak boleh sembrono, kerana mereka (pakar) akhirnya akan dipanggil di mahkamah untuk memberi penerangan.
"Jadi kita masih lagi (berhubung) dengan Jabatan Peguam Negara dan arahan telah dikeluarkan. Pihak kami sedang mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisa kandungan video tersebut," kata Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian yang dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaafar di Auditorium Kompleks Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.
Pada Mei lalu, negara digemparkan dengan penyebaran sedutan video intim yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet.
Serentak penyebaran video intim itu juga, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan secara terbuka yang dia merupakan pelaku yang mengadakan hubungan sejenis dengan pasangannnya yang didakwa pemimpin kanan sebuah parti politik
Tidak lama selepas penyebaran video berkenaan, lima individu termasuk Haziq ditahan polis sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Topic Berkaitan
#Haziq Abdullah
#IGP
#kabinet
#Ketua Polis Negara
#menteri
#PDRM
#Peguam Negara
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
#Tular
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan